Jenis Bahan Pencemar Perindustrian

  • Takterpakai atau minyak antikakisan
    Minyak antikakisan atau sisa tar daripada proses-proses penampalan atau penyemburan atau penyalutan di loji pemasangan kenderaan motor atau woksyop automotif.
    • Enapcemar-enapcemar daripada penapisan semula keluaran minyak terpakai termasuklah enapcemar berminyak yang mengandungi sebatian asid atau plumbum
      Enapcemar asid daripada penapisan semula minyak pelincir terpakai.
    • Buangan-buangan asbestos
      Debu-debu asbestos atau buangan-buangan gentian asbestos bebas dari loji pengilangan keluaran-keluaran asbestor/simen.
    • Buangan yang mengandungi pewarna
      Air buangan yang mengandungi pewarna dari loji pengilangan tekstil.
    • Buangan-buangan raksa, yang mengandungi raksa logam, sebatian-sebatian raksa organik dan tak organik
      Enapcemar-enapcemar yang mengandungi raksa dari pengolahan air garam dan lumpur-lumpur penulenan air garam yang mengandungi raksa dari loji pengeluaran klorin.
    • Bateri-bateri terbuang atau yang tidak mengikut spesifikasi, yang mengandungi plumbum, raksa, nikel dan litium
      Bateri-bateri terbuang atau yang tidak mengikut spesifikasi dari loji pengilangan bateri.
  • Pertanian 
    Aktiviti pertanian melibatkan penggunaan baja dan racun untuk memastikan kesuburan tanaman. Namun penggunaannya mencemarkan alam sekitar jika tidak dikawal selia dengan betul. Baja dan racun boleh memasuki badan air melalui pengaliran air di permukaan tanah dan juga air bawah tanah. Kemasukan bahan pencemaran tersebut akan menurunkan kualiti air dan seterusnya mengakibatkan pencemaran air. Kemasukan bahan pencemaran dari kawasan pertanian adalah melalui sistem saliran yang tidak nyata dan boleh dikelaskan sebagai sumber yang tidak berpunca.
    Aktiviti pertanian juga melibatkan ternakan seperti lembu, ayam, khinzir dan lain-lain. Binatang ternakan tersebut menghasilkan najis yang seterusnya dialirkan ke badan air. Di Malaysia masalah pencemaran air disebabkan oleh najis binatang ternakan merupakan salah satu masalah besar kepada kerajaan terutama ladang ternakan khinzir yang sangat meluas di Malaysia. Air mandi khinzir mengandungi unsur Zink dan Ammoniakal Nitrogen yang tinggi. Bahan pencemaran dari najis, bukan setakat mencemarkan sumber air tetapi juga menyebabkan pencemaran bau yang menyakitkan.
  • Perlombongan 
    Aktiviti perlombongan sangat penting di Malaysia. Antaranya perlombongan bijih timah, bijih besi, emas, tembaga dan lain-lain lagi. Selain daripada meningkatkan pendapatan negara, aktiviti ini memberi kesan kepada alam sekitar, misalnya sumbangan bahan terampai tersebut akan menyebabkan badan air menjadi keruh. Dalam jangka masa panjang akan berlaku proses pemendapan yang akan mencetekkan badan air dan kemudiannya akan menyebabkan berlakunya banjir di kawasan persekitarannya. Selain daripada bahan tersebut, aktiviti perlombongan juga menyumbang pelbagai jenis logam bergantung kepada jenis perlombongan yang dijalankan. Kehadiran logam tersebut akan memberi kesan kepada pengguna air dalam jangka masa panjang. Sumber pencemaran dari kawasan ini boleh dikelaskan sebagai sumber berpunca dan tidak berpunca bergantung kepada kemudahan yang disediakan oleh tuan punya projek. Had maksimum kandungan pepejal terampai di dalam efluen ialah 50 mg/1 seperti yang dinyatakan di dalam Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kumbahan dan Efluen-Efluen Perindustrian), 1978.
  • Pembangunan 
    Aktiviti pembangunan memberi manfaat kepada penduduk. Namun begitu ia juga merupakan salah satu sumber pencemaran yang sering dikaitkan dengan aktiviti ini ialah bahan organik dari sisa pepejal, bakteria dan virus dari sisa manusia, bahan soda dan amonia dari aktiviti pembasuhan, bahan terampai dan lain-lain lagi yang berkaitan dengan aktiviti harian manusia. Sumber pencemaran ini boleh dikelaskan kepada sumber berpunca dan tidak berpunca bergantung kepada kawasan yang terlibat. Pencemaran air bawah tanah terjadi apabila hujan yang menimpa sampah menyerap ke dalam bumi. Di dalam proses penyerapan ini, air tersebut akan membawa bersama atau menyerap kebanyakan bahan kotor yang terdapat di dalam sampah. 1gelen (3.785 liter) minyak petrol boleh mencemarkan 1 juta gelen (3.785 juta liter) air bawah tanah. Kehadiran sedikit sahaja bahan eyanide di dalam air boleh membunuh kita serta-merta.
  • Pembalakan 
    Aktiviti pembalakan tidak kurang pentingnya dewasa ini sama ada dalam proses penerokaan tanah baru atau pengeluaran hasil balak. Aktiviti ini sering mengakibatkan permukaan tanah terdedah kepada hujan yang menyebabkan berlakunya hakisan. Proses ini akan memindahkan partikel tanah ke tempat lain termasuk badan air. Kemasukan badan partikel tersebut akan menyebabkan badan air menjadi keruh serta berlaku pemendapan. Selain daripada partikel tanah, aktiviti pembalakan juga menyumbang bahan pencemaran dari segi bahan organan dan nutrien ke badan air. Sumber pencemaran dari kawasan ini boleh dikelaskan sebagai sumber tidak berpuncak.
  • ]]>

    Baca Juga :   Faktor Geografi Terhadap Tranportasi Industri

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here